SEMBAHYANG DHUHA

0




SEMBAHYANG DHUHA



Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya
dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-



Maksudnya :"Kekasihku
Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga
perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur
melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan
dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa
tiga hari daripada tiap-tiap bulan"( Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim )



Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :









"Pada
tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai
ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha
."( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



Adapun kelebihan
sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda
Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat
Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."



Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :



"Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku
segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."(Riwayat Ibnu Majah dan
At-Tirmidzi)



Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku
mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa
yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan
Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"(Riwayat Ibnu Majah dan
Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai
sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan
dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.



Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang
lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat,
enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya
tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara
tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah
bermaksud:"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha
empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."(Hadis
riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)



Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :



"
Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat
tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada
mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat
rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan
barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya
pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat
Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat,
barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan
membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan
malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada
hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada
hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa
mengingatiNya," ( Riwayat At-Thabarani )

Posting Komentar

0Komentar
Posting Komentar (0)